Haron Din Hanya Jatuh Biasa, Bukan Patah Pinggul

Kuala Lumpur – Naib Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini, menafikan bahawa Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din jatuh tangga sehingga patah tulang pinggulnya.

Jelasnya, Haron Din hanya ‘jatuh biasa’ dan sudah mendapatkan rawatan.

“Datuk (Haron Din) sudah balik daripada mendapat rawatan, yang kata beliau patah tulang dan pinggul itu tidak betul, beliau sudah balik rumah,” katanya memetik laporan Sinar Online, hari ini.

SuaraTV sebelum ini melaporkan Haron dilaporkan sedang uzur, apabila menerima satu mesej yang tersebar di aplikasi Whatapps mengenai ‘tragedi’ yang kononnya menimpa Harun.

 

“Saya baru mendapat berita sedih, Dato’ Takiyuddin beritahu Dato’ Haron Din uzur sekarang ini. Jatuh tangga, patah tulang pinggul,” kata pengirim mesej tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.