British Panik Kehadiran Kapal Perang Rusia Di Selat Inggeris

LONDON: Tentera Laut Diraja British bertindak memintas sebuah kapal perang milik tentera Rusia selepas ia didakwa sesat dan menghampiri selat Inggeris.

 

Kehadiran kapal tentera Rusia itu menimbulkan kebimbangan terhadap British kerana dilengkapi peluru berpandu, torpedo dan senjata anti-pesawat.

 

Berikutan itu, tentera laut negara berkenaan juga terpaksa mengarahkan kapal perang yang sarat dengan senjata berat untuk mengiringi kapal milik Rusia itu.

 

Kementerian Pertahanan British kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa kejadian itu tidak menyalahi undang-undang antarabangsa, tetapi ianya telah berlaku ketika ketegangan antara kedua-dua negara.

 

Pada Bulan lalu, jet pejuang British dikerahkan untuk memintas pesawat pengebom Rusia yang membawa senjata nuklear apabila ia dikesan terbang menghampiri Bournemouth.

 

Selain itu, British turut mengesyaki Rusia sedang mengesan kelemahan tentera laut negara itu sebagai persediaan berlaku peperangan. – MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.