Bekas Speaker DUN Perak Meninggal Dunia

IPOH: Bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri Mohd Nazri Rahim, 73, meninggal dunia di kediamannya di Rapat Setia Baru di sini jam 1.05 tengah hari tadi.

 

Allahyarham yang pernah berkhidmat sebagai EXCO Kerajaan negeri ketika zaman Tan Sri Ramli Ngah Talib menjadi Menteri Besar Perak.

 

Anak bongsu Allahyarham, Shuhaila Mohd Nazri, 42, berkata bapanya sebelum itu dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ipoh pada 2 Februari lalu dan dibawa pulang ke kediamannya kira-kira jam 10 pagi tadi selepas dinasihatkan doktor dan meninggal dunia pada jam 1.05 tegah hari.

 

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Rapat Setia dan dikebumikan selepas solat Asar. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.