Beckham Terima Gaji RM2,205 Seminggu Di Preston North End

SEBELUM menjadi pemain terkenal yang meraih gaji jutaan ringgit, David Beckham pernah bermain bersama kelab Preston North End dengan gaji £400 (RM2,205) seminggu.

 

Malah Beckham turut menerima bonus £50 (RM276) jika tersenarai dalam barisan pemain utama ketika Manchester United meminjamkannya kepada Preston pada tahun 1995.

 

United bertemu Preston buat kali pertama sejak tahun 1972 ketika aksi Piala FA Inggeris pusingan kelima di Deepdale.

 

Kedua-dua kelab ini pernah berkongsi beberapa pemain dan pengurus seperti Sir Bobby Charlton, David Moyes, Tommy Docherty, Brian Kidd dan Darren Ferguson (anak kepada Sir Alex Ferguson) bersama Beckham.

 

Sementara itu, pengurus stadium di Preston, Paul Bradley mendedahkan kontrak pinjaman Beckham masih di dinding pejabatnya dan ia merupakan satu kebanggaan.

 

“David Beckham bermain di sini secara pinjaman dan kontraknya masih ada di pejabat saya.

 

“Bekas pengerusi stadium menyuruh saya membuangnya, tetapi saya membuat keputusan untuk menyimpan kontrak itu,” jelas Bradley.

 

Beckham menjaringkan dua gol dalam lima penampilan bersama Preston ketika musim 1994-95 sebelum menjadi bintang terkenal dunia mewakili Real Madrid, LA Galaxy, AC Milan, Paris Saint-Germain. – MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.