Ada Perbincangan Untuk Hadi Awang – PasMa

Kuala Lumpur – Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Zawawi mengakui terdapat perbincangan dalam parti berhubung kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS, lapor Malaysiakini.

 

Bercakap dalam satu sidang media, Phahrolrazi bagaimanapun menafikan beliau terlibat dalam perbincangan tersebut.

 

“Ada perbincangan dalam PAS untuk buat pertukaran (presiden) sama ada untuk buat pendirian tukar atau tak tukar.

 

“Masih lagi dalam perbincangan nak kekalkan presiden sekarang. Banyak saranan yang diberi tapi belum ada keputusan muktamad.

 

“Saya tak terlibat (dalam perbincangan), saya cuma dapat maklum,” Phahrolrazi dipetik sebagai berkata oleh portal itu.

 

Namun katanya, belum ada keputusan muktamad berhubung langkah terhadap Abdul Hadi yang dipertikaikan komitmennya pada Pakatan Rakyat.

 

Phahrolrazi bersama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Pengarah Pilihan Raya PAS Hatta Ramli didakwa kumpulan yang cuba menjatuhkan Abdul Hadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.