Polis Thai Bertempur Dengan Penunjuk Perasaan

BANGKOK: Gas pemedih mata ditembak berhampiran Government House di tengah ibu negara Thai, Bangkok, ketika polis pencegah rusuhan melancarkan operasi menyuraikan penunjuk perasaan yang berkempen untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra, kata saksi.

Visual siaran langsung televisyen menunjukkan kepulan gas pemedih mata dan anggota polis bertahan dengan perisai ketika bertempur dengan penunjuk perasaan berhampiran ibu pejabat kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.