VIDEO: Pelampau Hindraf Buat Kecoh Di Pejabat Firdaus Wong

KUALA LUMPUR – Pejabat pendakwah bebas, Firdaus Wong kelmarin kecoh apabila seorang pelampau Hindraf, Arunakirinathan menceroboh ke premis itu berikutan penjelasan yang dibuat oleh Firdaus berhubung dakwaan cogan jata Sultan Pahang berasal dari Dewa Murugan, pada Selasa.

Pelampau itu, tidak berpuas hati kerana contoh perbandingan yang dibuat Firdaus seolah-olah memalukan dewa Hindu.

Firdaus berkata walaupun Arunakirinathan datang tanpa temujanji dan masuk tanpa kebenaran, kakitangan syarikat nya masih membenarkannya duduk di ruang tamu dan menawarkan air tetapi pelampau itu menolak sambil beliau terus membuat video live dengan suara yang agak kuat sehingga menganggu pengambaran yang sedang dijalankan.

“Kakitangan kami telah memaklumkan kepada beliau bahawa jadual kami agak padat dan sibuk dan perlu tunggu untuk berjumpa dengan saya.

“Setelah beliau menunggu hampir 20 minit, saya keluar berjumpa dengan beliau dan memaklumkan bahawa saya agak sibuk dengan shooting yang belum selesai. Krew RTM perlu bergegas ke Terengganu manakala saya pula perlu bergegas ke Teluk Intan bagi program masing-masing selepas shooting.

“Setelah bersalam dengan beliau, beliau terus mengajukan soalan bertalu-talu dan menuntut jawapan, saya memaklumkan bahawa saya akan membiarkan kakitangan kami untuk berurusan dan menjawab beliau kerana saya perlu meneruskan pengambaran di dalam tetapi beliau terus berkeras mahukan jawapan dari saya.

“Apabila beliau terus mendesak dan menganggu operasi pejabat kami, saya terpaksa meminta beliau untuk keluar dari pejabat kami tetapi beliau enggan meninggalkan pejabat kami dengan alasan pejabat kami bukannya private property tetapi adalah public property dan suka hati beliau kalau beliau mahu duduk di situ,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pihak Firdaus juga telah membuat panggilan kepada polis kerana Arunakirinathan enggan meninggalkan premis itu.

Pelampau hindraf itu juga turut menuduh Firdaus sebagai pengganas. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.