Status Undian Online Syed Saddiq Untuk PM Terbaik Makan Diri Lagi

Undian Facebook yang dibuat Menteri Belia dan Sukan bertajuk ‘Perdana Menteri manakah yang terbaik dalam Malaysia?’, dilihat memakan diri apabila bukan sahaja keputusan tidak memihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, malah netizen juga meninggalkan ratusan komen yang mengecam beliau.

11 Januari lalu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat undian atas talian itu, di antara Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Undian itu setakat ini memaparkan Dr Mahathir cuma meraih 17 peratus undi daripada 29,300 pengundi, berbanding Najib yang memperoleh 83 peratus undian.

Namun, rata-rata netizen dilihat menyalahkan Syed Saddiq kerana membuat undian itu yang menyebabkan, bukan sahaja Dr Mahathir tidak popular, tetapi sesetengahnya meninggalkan komen buruk terhadap Perdana Menteri berusia 93 tahun itu dan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Semakan Ismaweb.net juga mendapati, rata-rata netizen media sosial turut meninggalkan komen ‘pedas’ di Facebook Syed Saddiq, meminta beliau supaya tidak lagi membuat undian kebudak-budakan kerana memalukan dan memberi kesan ke atas ‘bossnya’ yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PH.

Undian itu yang akan berakhir kira-kira 3 jam lagi menyaksikan lebih 32,300 mengundi, 680 memberi komen dan 875 turut berkongsi.

Keputusan rasmi undian atas talian di Facebook Syed Saddiq menyaksikan 80 peratus atau lebih 38,000 pengguna Facebook memihak kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Terbaik, manakala baki 20 peratus lagi memilih Tun Dr Mahathir Mohamad. Lebih 47,600 pemilih terlibat dalam pengundian atas talian yang bermula 11 Januari 2019 dan berakhir malam tadi (17 Januari 2019).

Tiada penjelasan lanjut daripada Syed Saddiq kenapa beliau membuat undian itu di dalam laman sosial dan membuka ruang komen kepada umum.

Namun, yang pastinya tindakannya mengadakan undian itu tidak mendatangkan apa-apa manfaat untuk rakyat, sebaliknya ia membuka ruang kepada netizen untuk memburuk-burukkan perdana menteri.

Netizen juga turut menegur Syed Saddiq kerana mengadakan undian itu. Antaranya:

Randy How yang berkata: “as a minister,.. won’t u got more important things to do than whoring for attention in social media on nonsense subject??”

Amzari Em Abas X pula berkata: “Sila ambil perhatian isu isu atlet yang memerlukan bantuan kementerian YB. Jangan lupa amanah yang kamu sedang galas. Politik dan selfie letak tepi wahai YB. Majulah Sukan Untuk Negara!”

Ab Jalil Backer berkata: “p*****lah kerja tak buat asyik main media sosial saja. Atlet malaysia habis semua terabai”. – IsmaWeb

Lain-Lain Berita Menarik;-

Status Undian Online Syed Saddiq dan Mukhriz FC Jadi ‘Senjata Makan Tuan’

Mukhriz Bimbang PH Jadi Kerajaan Hanya Sepenggal

Video: Penjaga Pintu Syurga Halau Najib Masuk Ke Neraka, Kata Mahathir

Video: “Suami Larang Saya Bertudung” – Dr Siti Hasmah

GST: BN Terbukti Tak Bersalah, Najib Ucap Terima Kasih Jabatan Audit Negara

Najib, Pak Lah Naikkan Gaji Kakitangan Awam Punca Kenaikan Kos Sara Hidup, Kata Dr Mahathir

Kenapa PH Takut Sedangkan Saya Bukan Lagi PM, Kata Najib

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.