Najib dan Tuan Ibrahim Tunai Solat Jumaat Di Sungai Koyan

LIPIS – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah Sungai Koyan di sini hari ini yang diimamkan oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Najib menunaikan solat di saf hadapan bersama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad serta calon Barisan Nasional (BN) Ramli Mohd. Nor.

Dalam khutbahnya, Tuan Ibrahim menegaskan kepentingan isu perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam iaitu bersatu padu atas satu ukhuwah Islam.

“Allah bukan sahaja menyuruh mendirikan solat, menunaikan zakat, membina kesatuan ummah tetapi juga menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh dalam kehidupan,” katanya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.