Celebriti Internet Termasuk YouTuber dan Blogger Akan Turut Dikenakan Cukai

KUALA LUMPUR – Giliran artis Internet termasuk YouTuber dan blogger untuk dikejar cukai!

China Press melaporkan, artis-artist Internet yang menggunakan media sosial untuk menjadi duta produk atau mempromosi produk tertentu, serta mempunyai pendapatan melebihi RM5,000 sebulan perlu mengisytihar hasil mereka.

Menurut seorang pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pihaknya mempunyai kemampuan untuk mengenal pasti jumlah pendapatan artis Internet menggunakan pelbagai saluran termasuk melalui syarikat yang membayar mereka.

Menurut pegawai lagi, undang-undang menetapkan bahawa pendapatan artis kanak-kanak malahan haiwan kesayangan tidak mempunyai had umur.

Keadaan itu bermakna ibu bapa kanak-kanak itu atau tuan punya haiwan kesayangan perlu mengisytihar pendapatan jika hasil mereka mencapai paras yang ditetapkan.

Media sebelum ini juga melaporkan bahawa anak kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya iaitu Lara Alana mula membayar cukai pendapatan walaupun hanya berumur tiga tahun.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah juga mengingatkan bahawa pekerjaan seperti artis Internet adalah tergolong sebagai kumpulan profesional.

“Kami mengalu-alukan mereka untuk datang ke LHDN untuk memahami cara pengiraan cukai,” katanya. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.