Video: Pencuri Meraung Diancam Mahu Ditelanjangkan Geng Mak Nyah

JAKARTA – Sekumpulan golongan maknyah (waria) di Jakarta menunjukkan mereka bukanlah kelompok yang lemah setelah video mereka menangkap seorang lelaki yang didakwa gagal mencuri telefon bimbit salah seorang daripada mereka.

Dalam video tular itu yang turut disiarkan dalam Liputan 6, sekumpulan maknyah (waria) mengelilingi seorang lelaki tidak berbaju yang meraung dan memohon belas kasihan daripada kumpulan tersebut.

Salah seorang daripada mereka didengar berkata kepada lelaki itu: “Berani kamu menangis! Kamu perlu bertanggungjawab. Jangan main-main dengan waria!”

Menurut Tribun, kumpulan tersebut sedang melepak di tempat biasa mereka untuk menunggu pelanggan seks, apabila suspek datang kepada salah seorang daripada mereka dan bertanya tentang harga perkhidmatan yang ditawarkan.

Keadaan menjadi kecoh kerana dia didakwa merampas telefon bimbit salah seorang daripada waria dan cuba melarikan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.