Video: Pakai 18 Pakaian, Pemuda Dihalau Dari Pesawat

Reykjavik – Seorang lelaki ditahan oleh pihak berkuasa Lapangan Terbang Keflavik, Iceland kerana memakai terlalu banyak pakaian sekali gus ketika hendak menaiki pesawat.

Demi mengelakkan kos bagasi (barang berlebihan), Ryan Hawaii dengan sanggup memakai 8 seluar dan 10 kemeja sekali gus, seperti yang dilaporkan oleh The Week (16/1/2018).

Akibat tindakannya, syarikat penerbangan tersebut menolak Ryan untuk masuk dan menaiki kapal terbang berkenaan.

Pas pelancongan Ryan juga ditolak di portal penerbangan syarikat penerbangan British Airways di Lapangan Terbang Keflavik, ketika dia mahu kembali ke England.

Pihak berkuasa menahan Ryan yang memakai semua pakaian dimana ia sepatutnya diletakkan di dalam bagasi.

Berlaku ketegangan dan perbalahan di antara pihak berkuasa keselamatan Ryan dan British Airways.

Syarikat penerbangan itu mendesak Ryan membayar yuran bagasi yang berlebihan.

Lelaki itu kemudiannya mengaku memakai semua pakaian kerana bagasinya tidak mampu untuk menampung semua pakaiannya.

Pertikaian itu berpanjangan sehingga menimbulkan insiden keganasan.

Akhirnya, pegawai terbabit dilaporkan menurunkan lelaki berkenaan dengan menggunakan semburan lada.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.