Video: Empat Maut Dalam Ribut Salji Di AS

ATLANTA – Sekurang-kurangnya empat maut apabila ribut salji melanda selatan Amerika Syarikat (AS), yang turut merekodkan bacaan suhu terendah di rantau itu, Rabu.

Cuaca beku menyebabkan jalan raya diselaputi ais, memutuskan bekalan kuasa dan turut mengakibatkan sekolah ditutup.

Salji dan suhu paras beku juga diramalkan berlaku di wilayah tengah Atlantik dan sebahagian besar New England hingga hari ini, lapor BH

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) mengeluarkan amaran ribut dan saki lebat di utara Georgia hingga Virginia serta dari Massachussets hingga Maine.

Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Daerah Austin-Travis melaporkan, seorang lelaki berusia 40-an maut selepas kenderaan dinaikinya terbabas dan terjunam lebih sembilan meter dari sebuah jambatan yang beku di Austin, Texas, Selasa lalu.

Pegawai Sheriff Daerah Harriss melaporkan, seorang wanita warga emas menderita penyakit nyanyuk pula disahkan meninggal dunia di kawasan perumahan di Houston pada rabu disyaki terdedah lama kepada cuaca sejuk, kata pegawai Sherrif Daerah Harris.

Sementara, di Georgia, dua disahkan maut apabila dilanggar sebuah kereta yang terbabas akibat jalan raya licin berdekatan Macon, lapor media temoatan.

“Kami tahu anda perlu membeli barangan keperluan tetapi untuk kali ini, kami nasihatkan anda tidak meninggalkan kediaman,” kata pegawai menerusi laman Facebook rasmi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.