Trump Senarai ‘Pemenang’ Anugerah Berita Palsu

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pemenang “Anugerah Berita palsu” malam tadi, iaitu anugerah khas buat berita palsu 2017 atau ‘fake news’.

Ia dilaporkan semakin meningkat serangannya dalam beberapa media utama AS.

Trump berkata anugerah ini merupakan anugerah buat pihak media yang “paling tidak jujur dan korup sepanjang tahun 2017”.

Daripada 11 “anugerah”, saluran berita CNN menerima empat anugerah daripadanya dengan dakwaan melaporkan empat isu yang berbeza dengan fakta yang salah.

Trump mengumumkan sepuluh “penghormatan” menggunakan medium Twitter, yang menghubungkannya dengan senarai yang diterbitkan di laman web parti Republikan.

“Pemenang” anugerah tersebut termasuk rangkaian berita utama CNN, The New York Times dan The Washington Post, yang kesemuanya telah menyasarkan kepimpinan Trump.

Ini termasuk laporan CNN mengenai calon Donald Trump dan anak lelakinya, Donald J. Trump Jr mempunyai akses kepada dokumen yang digodam dari WikiLeaks.

Antara media lain yang turut disenaraikan dalam “anugerah” tersebut ialah Washington Post, The New York Times, ABC News, TIME, Newsweek dan Russia Collusion.

Senarai itu juga menunjukkan kesilapan laporan dari wartawan veteran ABC, Brian Ross.

Dalam tweet tersebut turut menekankan bahawa beberapa liputan media yang sangat korup dan tidak jujur, namun terdapat banyak wartawan hebat yang beliau hormati dan telah melakukan liputan baik untuk rakyat Amerika. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.