Singa Jantan ‘Dimarahi’ Singa Betina

Tenyata tidak hanya berlaku di dunia manusia. Ia juga berlaku di dunia singa.

Momen menarik ini sempat dirakamkan jurugambar liar George Hart yang menjelajah Taman Negara Serengeti, Tanzania buat kali pertama.

Walaupun dijuluki sebagai raja hutan yang yang mendebarkan, namun, singa jantan tidak bertarung ketika singa betina “memarahinya”.

Dirakam, Raja Hutan itu hanya menyembunyikan wajahnya yang tersungkur di belakang kaki depannya.

“Saya yakin sebelum ini, mereka mempunyai masa yang dihabiskan bersama,” kata Hart.

“Singa betina itu jelas memberi respon kepada singa jantan itu terhadap perasaan geramnya, mungkin,” tambah Hart.

Hart meneruskan, kedua-dua kucing besar itu baru saja lepas mengawan ketika dia baru sahaja menangkap momen yang jarang sekali berlaku itu.

“Saya masih sempat mengambil gambar ketika dia mengaum dan saya telah meletakkan kamera ketika berlaku insiden singa betina itu memarahi singa jantan.

“Saya sangat bernasib baik telah mendapatkan gambar momen ini,” kata lelaki dari bandar Toronto itu. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.