Sharnaaz, Nabila Bakal Timang Cahaya Mata?

KUALA LUMPUR – Pelakon, Sharnaaz Ahmad dan isteri, Noor Nabila Mohd. Noor difahamkan bakal menimang cahaya mata dalam tempoh masa terdekat.

Perkhabaran pasangan selebriti itu bakal memperoleh cahaya mata timbul apabila seorang ustaz yang dikenali sebagai Shamsuri Shafie memuat naik gambar bersama mereka di Instagram.

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahauakhbar. Syukran Sharnaaz dan isteri. Tahniah keluarga bahagia dan bakal menjadi seorang ibu. Hebat kalam Allah,” tulisnya di Instagram semalam, petik kosmo

Bagaimanapun, Sharnaaz menafikan isterinya itu kini sedang hamil seperti yang didakwa.

Meskipun demikian, Sharnaaz tidak menolak sekiranya dia sekeluarga dikurniakan cahaya mata dalam tempoh masa terdekat.

Katanya, memang benar seorang ustaz telah menziarahi mereka sekeluarga namun, ia hanya sekadar pengajian kelas agama.

“Buat masa sekarang tiada apa perkembangan yang boleh dikongsikan kerana seperti kata orang tua, kita jangan terlalu ghairah hendak bercerita.

“Pada saya, lebih baik perkara ini diceritakan sendiri oleh tuan punya badan apabila kami telah bersedia kelak. Mohon doa yang baik buat kami sekeluarga,” kata Sharnaaz ketika dihubungi Kosmo! tadi.

Sharnaaz dan Nabila yang merupakan kakak kepada pelakon dan pengacara, Noor Neelofa telah berumah tangga pada 31 Mac, 2017 di Hotel Royale Chulan, Damansara, Petaling Jaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.