Sanchis ‘Sekolahkan’ Real Jangan Tunduk Tuntutan Ronaldo

oleh Suzein-Yana

Bekas legenda Real Madrid, Manolo Sanchis menasihatkan kelab itu supaya tidak tunduk kepada tuntutan Cristiano Ronaldo untuk menaikan gaji dalam proses menadatangani kontrak baru.

Laporan media Sepanyol sebelum ini menyatakan Ronaldo masih dalam proses perbincangan dengan Presiden Real, Florentino Perez yang enggan melayan kehendak bintang penyerang itu.

Ronaldo, 32 kali terakhir menandatangani kontrak bersama Real pada November 2016 sehingga Jun 2021, namun dilaporkan menuntut satu lagi kontrak baru untuk memastikan gajinya setaraf Lionel Messi dan Neymar, dua pemain dengan gaji tertinggi di dunia.

Sanchis berpandangan dalam stesen radio Sepanyol, Cadena Cope kelab itu tidak semestinya menaikkan gaji Ronaldo, malahan ia tidak berlaku ketika zaman Alfredo Di Stefano.

Sanchis adalah bekas pertahanan Sepanyol dan menyertai Real Madrid dari tahun 1983-2001 dimana beliau telah membantu pasukan Real menjuarai lapan gelaran liga serta dua kejohanan eropah.

Ronaldo yang berjaya meraih anugerah kelima Ballon d’Or pada Disember 2017 hingga kehari ini hanya menyumbang empat gol dalam La Liga musim ini sekali gus menjadi faktor utama yang mendorong kegagalan juara Eropah dan Sepanyol itu gagal mempertahankan gelaran mereka.

Real yang menduduki tangga keempat LaLiga kini ketinggalan 19 mata kepada pendahulu Barcelona manakala mengekori Atletico Madrid di tangga kedua dengan 10 mata dan Valencia lapan mata walaupun mereka kurang satu permainan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.