Samun Stesen Minyak

KLANG – Seorang lelaki dicekup dalam tempoh 24 jam selepas dia melakukan samun buat kali ketiga di sebuah stesen minyak di Jalan Sungai Jati Klang petang semalam.

Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Mulia off Jalan Sungai Jati kira-kira pukul 1 petang.

Turut dirampas sebuah helmet berwarna merah, sepasang selipar, baju sejuk, anak kunci, motosikal Yamaha 135LC serta sebilah parang panjang berhulu kayu yang digunakan ketika melakukan jenayah itu.

src=”https://platform.twitter.com/widgets.js” charset=”utf-8″>

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan suspek yang bersenjatakan parang itu melakukan perbuatan samun seorang diri di stesen minyak itu kira-kira pukul 10.30 malam kelmarin.

“Berdasarkan keterangan pengadu, suspek telah meluru masuk ke dalam stesen minyak dan mengacukan parang kearahnya yang berada di meja kaunter.

“Suspek mengambil wang tunai kira-kira RM800 sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal,”katanya di sini hari ini.

Shamsul Amar berkata, berdasarkan maklumat dan hasil risikan yang dijalankan, pihaknya berjaya menahan suspek di sebuah rumah di Taman Mulia off Sungai Jati, di sini semalam.

“Kita kemudian melakukan serbuan di sebuah rumah kira-kira pukul 1 petang semalam selain merampas beberapa barang termasuk sebuah motosikal Yamaha 135LC dan sebilah parang yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan kegiatan jenayah itu.

“Soal siasat yang dijalankan, suspek turut mengaku terlibat dengan tiga kes samun di stesen minyak yang sama pada 8 dan 28 Disember tahun lalu. Dia juga membuat pengakuan melakukan jenayah itu seorang diri,”ujarnya, petik Kosmo

Shamsul Amar berkata, siasatan lanjut mendapati lelaki itu positif dadah jenis syabu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.