Piala Dunia 2018 Dikhuatiri Sasaran ISIS

UNITED KINGDOM – Pertandingan bola sepak Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung di Rusia pada bulan Jun dan Julai ini dijangka akan menjadi “sasaran yang menarik” bagi ISIS.

Memetik laporan Agensi berita/FA/fa, ini kerana Rusia memainkan peranan yang penting dalam memerangi kumpulan pengganas itu, menurut firma analisis IHS yang berpangkalan di Britain.

“Serangan yang berjaya (di Rusia) akan memberikan sokongan moral kepada ISIS serta para pejuang dan penyokongnya,” menurut laporan IHS yang ditukil laman berita Al Arabiya.

Penyertaan Arab Saudi dan Iran dalam pertandingan ini juga merupakan satu insentif besar buat kumpulan pengganas itu, menurut laporan Al Arabiya.

Meskipun gagal mempertahankan kubu-kubunya di Iraq dan Syria November lalu, kumpulan pengganas itu mendakwa bertanggungjawab ke atas beberapa serangan besar di London, Manchester, Barcelona dan Tehran, yang meragut nyawa berpuluh-puluh orang awam.

Kumpulan tersebut juga pernah menyasarkan serangannya terhadap Madinah pada 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.