Penganggur Didakwa Bunuh Kanak-Kanak

KULAI – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini sebentar tadi atas tuduhan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki, J. Paul Ebinesen yang dua tahun tiga bulan, 3 Januari lalu.

Tertuduh, S. Mosas, 24, mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Penolong Pendaftar, Mohammad Salehudin Abd. Sani.

Tertuduh didakwa melakukan jenayah tersebut di laluan Jalan Perak 1 dan Flat Temenggong, Kulai di sini antara pukul 5.30 petang hingga 7 malam.

Suspek didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.