Pemuda Palestin Maut Bertempur Tentera Zionis

RAMALLAH – Seorang pemuda Palestin maut selepas terbabit dalam pertempuran dengan tentera Israel di utara Tebing Barat, lewat semalam.

Menurut AFP lapor BH, Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan berkata, mangsa dikenali sebagai Ahmed Jarrar, 22.

Menurut saksi, pasukan tentera Zionis memasuki bandar Jenin lewat malam tadi, menyebabkan satu pertempuran tercetus dengan penduduk tempatan.

Kenyataan dari polis Israel pula menyebut, beberapa individu tercedera dalam insiden itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.