Pemuda Ini Bantu Ubah Penampilan Gelandangan, Transformasinya Menakjubkan!

Dilaporkan dari TribunStyle.com , melalui video, seorang lelaki warga Filipina yang tinggal di Australia menunjukkan bagaimana usaha beliau membantu orang yang tiada tempat tinggal @ gelandangan.

Video itu menjadi viral, disukai dan  turut dikongsi berulang kali.

Cerita ini bermula apabila Luis Xavier del Rosario melihat Ian, seorang lelaki yang tidak mempunyai tempat tinggal sedang duduk di sudut QVB di Sydney.

Ian menghabiskan sepanjang hari duduk di atas jalan yang panas sambil bergantung kepada wang dari orang yang lalu lalang.

Ian

Luis memutuskan duduk di sebelahnya sambil menyerahkan sebotol air mineral.

“Bolehkah aku membantu mengembalikan hidupmu?” Luis bertanya.

Ian tidak menjawab, tetapi memberi isyarat dengan senyuman gembira.

Luis kemudian membawa Ian untuk membeli beberapa pakaian baru.

Dia kemudian membawanya ke tempat tukang gunting rambut untuk mendapatkan rambut baru.

Elite Readers

Luis mahu Ian kelihatan lebih formal dan kemas sehingga dia boleh mendapatkan pekerjaan yang baik.

“Dia berkata jika dia telah berjuang untuk sebahagian besar hidupnya, dia tidak mendapatkan pendidikan yang sepatutnya.”

Elite Readers

Ian juga tidak pernah menyebutkan pekerjaan yang dilakukannya sebelum ini, tapi ia mengatakan padaku jika tak mempunyai kelayakan “kata Luis.

Setelah perubahannya, Luis membawa Ian ke sebuah restoran untuk makan.

Menyedihkan, ia adalah hidangan pertama yang dia makan selama tiga minggu.

Elite Readers

Luis berkongsi apa yang dia dapat apabila dia menghabiskan masa dengan Ian.

Dia belajar sesuatu yang baru dari yang tiada tempat tinggal.

Lelaki miskin itu dilahirkan dari keluarga yang bercerai.

Dan Ian merupakan satu-satunya anak dalam keluarga tersebut.

Dia tidak pernah mendapat pendidikan yang baik.

“Ian mengatakan padaku betapa kesepiannya dia. Dia tak punya teman, keluarga, tak ada harapan.” Tambahnya Luis.

Ian juga menambah jika dirinya takut mati.

“Aku sangat takut mati, bukan kerana kematian itu sendiri. Tapi, kerana tidak akan ada yang mengingat saya,” ujar Ian.

Setelah berpisah, Luis berharap Ian akan segera mendapatkan pekerjaan yang mampu membantunya bertahan hidup.

“Di dunia yang mencabar ini, kadang kala kita lupa bahawa pada hakikatnya kita semua manusia, kita harus membantu satu sama lain yang memerlukan, dunia ini memerlukan kebaikan dan cinta!” tegas Luis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.