Mangsa Gantung Diri Sebab Diganggu ‘Hantu’

Polis sedang menyiasat kematian seorang lelaki yang dipercayai membunuh diri dengan alasan yang tidak munasabah.

Dilaporkan dari Allafrica.com pada hari Khamis (18/1/2018), polis di wilayah Omusati, Namibia berkata, si mati, Thomas Malenga Asino (32) merupakan warga Namibian dari kampung Eendombe, Ongongo menggantung dirinya dengan tali di sebuah pokok besar.

Menurut Kunga, kejadian bunuh diri itu berlaku selepas Asino mengalami kemalangan kereta sebelum ini.

Menurut jurucakap polis, pada masa itu si mati melarikan diri dari Tsandi ke Outapi dan dia kehilangan kawalan sehingga berlaku kemalangan.

“Si mati hanya mengalami kemalangan, namun selepas itu dia melarikan diri dari tempat kejadian dan membunuh diri,” kata Kunga.

Kunga menambah, kemalangan itu berlaku pada Rabu petang minggu lalu.

Difahamkan, dia melarikan diri dari tempat kejadian dan berlari ke rumahnya dimana dia membunuh diri pada keesokan harinya.

Dalam siasatan, pasukan keselamatan menemukan kertas yang didakwa ditulis sebelum Asino membunuh diri.

“Nota bunuh diri yang terdapat di dalam biliknya menyatakan bahawa si mati sentiasa melihat hantu setiap kali dia memandu di Owamboland,” kata Kunga.

Kunga menambah dalam penyiasatan tidak ada tanda-tanda yang mencurigakan.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.