Ibu Bunuh Bayi Di Dapur Restoran

JAKARTA – Seorang pembantu rumah di Indonesia berusia 21 tahun disyaki membunuh bayinya di sebuah restoran, beberapa minit selepas melahirkannya.

Menurut Kompas.com melaporkan bahawa insiden itu berlaku Sabtu lalu (13 Jan) di dapur sebuah restoran di daerah Pondok Aren, di pinggir Jakarta.

Menurut pihak polis, wanita itu melahirkan anaknya di dapur.

Selepas melahirkan bayinya itu, dia kemudian mencapai pisau dan memotong tali pusat dan membunuh bayi itu menggunakan pisau yang sama, menurut laporan Kompas.com.

“Pesalah tersebut melakukan keganasan ke atas budak bawah umur, yang mengakibatkan kematian,” kata jurucakap polis Jakarta Pesuruhjaya Kanan Argo Yuwono.

Encik Argo berkata wanita tersebut meletakkan mayat bayinya di dalam beg sebelum membuangnya di tong sampah.

Seorang saksi ternampak wanita tersebut mengalami pendarahan di dapur, menurut laporan media tempatan. Apabila dia dibawa ke hospital oleh pemilik restoran itu, doktor berkata bahawa dia baru saja bersalin dan perlu menjalani pembedahan.

Keesokan harinya, dia diberkas di hospital, lapor Kompas.com.

“Kami akan melakukan ujian DNA bagi mengesahkan bayi itu adalah anaknya,” kata Encik Argo.
– CNA/Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.