Hinanya Penjual Nasi Lemak dan Pemandu Uber Di Mata Mahathir

“Tiada apa yang perlu dibanggakan jika lulusan universiti kini menjual nasi lemak dan memandu Uber sebagai punca rezeki,” kata bekas Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, kekurangan pekerjaan berpendapatan tinggi di Malaysia memaksa ramai graduan membuat perniagaan memalukan dengan berniaga menjual nasi lemak dan memandu Uber.

“Jika kita mahu menjual nasi lemak, kita patut ada universiti yang mengajar bagaimana menjual nasi lemak, tetapi kita tiada universiti itu.

“Ia memalukan negara apabila graduan menjual nasi lemak. Ia menunjukkan kerajaan gagal menyesuaikan kemahiran [graduan] dengan peluang kerja,” kata Dr Mahathir.

Menjual nasi lemak bukanlah pekara memalukan dan Dr Mahathir sepatutnya memuji usaha graduan menceburi bidang perniagaan yang mampu menjana pendapatan lumayan.

Presiden Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Pudu Kuala Lumpur, Jeff Tan Ker Chiang berkata, Dr Mahathir sepatutnya menyokong golongan belia berniaga, bukannya memperlekeh dan memalukan mereka.

Graduan universiti yang menjual nasi lemak bukanlah sesuatu yang memalukan kerana mereka sekurang-kurangnya berusaha dan bekerja keras untuk mencari rezeki.

“Perkara ini adalah sesuatu yang bagus kerana ia memupuk sikap graduan untuk menceburi dalam bidang perniagaan yang akhirnya mampu membuatkan mereka menjana pendapatan sendiri,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Kenyataan Dr Mahathir memperlekeh peniaga nasi lemak dan pemandu Uber disiarkan dihalaman Facebook beliau.

Ianya dikongsi secara meluas di laman sosial dan mendapat pelbagai rekasi netizen.

Pemerhatian Malaysian Digest mendapati lebih ramai mengkritik kenyataan bekas Perdana Menteri itu daripada yang menyokong.

“(Penjual) nasi lemak dan pemandu Uber adalah ‘tauke’. Bukan hanya makan gaji. Malah, penjual nasi lemak berjaya boleh membeli rumah besar dan kereta. Saya rasa fokus sepatutnya terhadap membina usahawan tempatan,” ujar Stephen Siew.

“Mahathir tak tahu apa-apa mengenai perniagaan, Dia cuma tahu perniagaan monopoli dan kroni.

“Ramai peniaga jalanan di Taiwan menjadi perniagaan francais besar serantau dan antarabangsa. Kita sepatutnya menggalakkan masyarakat Malaysia memiliki francais perniagaan jalanan mereka sendiri,” pendapat Ammar Jais.

“Semua perkejaan adalah mulia. Memandang rendah sesebuah pekerjaan seperti menjual nasi lemak dan pemandu Uver adalah sebab mengapa kita tidak akan menjadi seperti negara barat atau Jepun,” kata pengguna Facebook Tatt Hong. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.