Gadis Ini Diperkosa Ratusan Kali, Diperas Ugut Dan Diancam Selama 3 Tahun Oleh Pengetua Sekolahnya Disebabkan Ini

Seorang pelajar sekolah di Busan, Korea Selatan, diancam, diperas ugut dan diperkosa oleh pengetua sekolahnya sendiri.

Ketua Polis Busan menahan pengetua sekolah berusia 46 tahun pada hari Isnin lalu setelah mangsa melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Insiden mengerikan tersebut bermula pada bulan November 2014 di sekolah tersebut.

Mangsa yang merupakan pelajar tahun kedua di sebuah sekolah menengah memberitahu, sebelum ini dia tidak begitu popular dan mengalami masalah untuk menyesuaikan diri.

Namun selepas bertukar ke sekolah itu, keadaan bertukar sebaliknya dan dia mempunyai ramai kawan.

ilustrasi

Malangnya, pengetua sekolah tersebut melihat perkara tersebut dan memanfaatkannya .

Pelaku mengancam akan mengeluarkan gadis itu dari sekolah tersebut kecuali jika dia mahu berhubungan seks dengannya.

Kerana tidak mahu kehilangan rakan dan kebahagiaan, dia melakukan apa yang diinginkan lelaki tua itu.

Setelah dirogol, gadis itu memberitahu pengetua terbabit bahawa dia tidak akan datang lagi ke sekolah itu namun lelaki tersebut memberitahu bahawa aksi seks mereka telah dirakamkan.

Dia juga mengancam untuk menunjukkannya pada teman-teman, keluarga, dan universiti yang akan didaftari mangsa.

Kerana takut dan merasa malu, gadis itu merasakan dia tidak mempunyai pilihan lain.

Ilustrasi

Dia akhirnya dirogol berulang kali dari November 2014 hingga September 2017.

Kerana tidak tahan lagi, dia melaporkannya kepada polis pada September tahun lalu.

Gadis tersebut menceritakan tentang penganiayaan yang dialami. Dia mendakwa telah didera secara seksual lebih 100 kali dalam pelbagai keadaan.

Dia juga mendedahkan bahawa pengetua sekolah itu telah mencuri kad ATM dan mengambil wangnya juga.

Jumlah wang yang diambilnya mencecah kira-kira RM26,000

Ilustrasi

Pihak berkuasa sedang dalam siasatan forensik dan melihat apakah mereka boleh mencari video yang digunakan pengetua sekolah itu untuk memeras ugut mangsanya.

Polis Busan juga mengumumkan mereka melihat kemungkinan ada lebih banyak mangsa selain gadis yang melaporkan kejadian tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.