Bunuh Bapa Curang

JOHOR BAHRU – Gara-gara terlalu kecewa dengan sikap bapanya yang menduakan ibunya, seorang remaja lelaki disyaki bertindak di luar kawalan dengan menikam mati bapanya itu dalam kejadian di Jalan Nusa Bestari, Taman Nusa Bestari di sini semalam.

Kejadian pada pukul 11 pagi itu dikatakan berlaku di bilik tidur utama tingkat atas rumah dua tingkat ketika mangsa, Kiu Kok Ying (gambar kecil), 45, sedang tidur.

Anak tunggal Kok Ying yang berusia 17 tahun dan dikatakan masih bersekolah di tingkatan lima itu bertindak kejam kerana terlalu marah dengan bapanya yang didakwa mempu­nyai perempuan simpanan.

Perempuan simpanan Kok Ying dikatakan seorang wanita warga tempatan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, kejadian tragis itu diketahui selepas polis menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 11.08 pagi, lapor Kosmo

Menurut beliau, daripada siasatan, Kok Ying dipercayai ditikam pada kiri dadanya menggunakan pisau ketika sedang tidur di bilik utama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.