AS Tuduh Russia Bantu Korea Utara Elak Sekatan

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa pada hari Rabu bahawa Russia membantu Korea Utara untuk mengelak sekatan antarabangsa.

“Russia tidak membantu sama sekali berkaitan Korea Utara,” kata Trump semasa wawancara dengan Reuters di Pejabat Oval.

“Apa yang China bantu kita, Russia sedang merosakkannya,” katanya.

Kedua-dua China dan Russia menandatangani sekatan terbaru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Korea Utara yang dikenakan pada tahun lepas.

Tidak ada komen segera dari kedutaan Russia di Washington mengenai kenyataan Trump itu.

Rumah Putih, minggu lepas mengalu-alukan berita bahawa import ke China dari Korea Utara, yang menganggap Beijing sebagai rakan ekonomi utamanya, menjunam pada bulan Disember ke tahap terendah dalam dolar sejak permulaan tahun 2014.

Trump mendakwa Russia pula nampaknya mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh China.

Sumber keselamatan Eropah Barat memberitahu Reuters pada bulan Disember bahawa kapal tangki Rusia telah membekalkan bahan api kepada Korea Utara, sekurang-kurangnya tiga kali dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dengan memindahkan kargo di laut yang melanggar sekatan antarabangsa.

Russia menafikan melanggar sekatan ke atas Korea Utara.

Korea Utara bergantung pada bahan api yang diimport untuk mengekalkan fungsi ekonominya. Ia juga memerlukan minyak untuk program peluru berpandu balistik dan nuklear antara benua. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.