Video: Isu Kapcai: Jangan Risau, Kita Tak Akan Laksanakan Kata Ku Nan

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa pengharaman motor kapcai masuak ke ke kawasan Kuala Lumpur tidak akan dilaksanakan.

 

Menurut beliau, segala keputusan yang dibuat akan mendengar suara rakyat dahulu seperti yang di ajar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Razak.

 

“Kita tidak akan membebankan rakyat yang tidak berkemampuan.

 

“Dan saya ada kata kalau hal ini dijalankan, pengangkutan di sini telah lengkap dan murah dan saya tak akan lakukan sekiranya rakyat tidak mahu melakukannya.

 

“Kita telah diajar oleh Perdana Menteri untuk mendengar apa kata rakyat” katanya kepada media setelah merasmikan Perasmian Butik Bohari, petang tadi.

 

Dalam pada itu, beliau mendakwa kenyataan yang sebelum ini berkaitan motor kapcai diharamkan untuk masuk ke Kuala Lumpur telah di ‘Spin’ oleh media.

 

“saya bukan kata nak stop, tapi saya kata nak berkemungkinan, tapi ayat saya telah di ‘spin’.

 

“Saya tahu kebanyakan warga kota ini perlukan kenderaan dan kenderaan yang murah, nak isi minyak murah dan sebagainya, malah saya juga penggalak kepada budak-budak ini kerana saya ada track saya sendiri di Putrajaya,” ujarnya.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.