Thailand Jangka Kerugian RM15.16 Bilion Akibat Banjir

BANGKOK – Kerosakan ekonomi daripada bencana banjir di selatan Thailand mungkin meningkat kepada 120 bilion baht (RM15.16 bilion) sekiranya hujan masih turun dan air masih belum kering di ladang getah dan kelapa sawit, kata Dewan Perniagaan Thailand semalam.

 

Naib Pengerusi dewan itu, Vichai Assarasakorn berkata, pokok getah boleh mati selepas 20 hari dalam air banjir dan pokok kelapa sawit dalam tempoh sebulan.

 

“Sekiranya banjir yang bermula pada awal bulan ini dan merebak di 12 wilayah kering dalam tempoh beberapa minggu, kerugian mungkin mencecah 15 bilion baht (RM1.9 bilion).

 

“Jumlah itu adalah kira-kira 0.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNKK) negara,” katanya. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.