Rafizi Dipanggil ‘Rara’, Dihubungi Pelanggan Khidmat Seks

KUALA LUMPUR – “Jokes aside, dari ~10 orang yang mesej minta khidmat sex, 9 adalah remaja Melayu. Points to ponder,” kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dengan menunjukkan gambar screenshot Whatsapp berbaur lucah.

 

Nombor telefon bimbit ahli Parlimen Pandan itu kini menjadi talian ‘panas’ apabila ia disebarkan kepada umum kononnya menyediakan khidmat seks oleh wanita bernama Rara.

 

Menerusi laman Twitternya, Rafizi menulis 9 daripada 10 yang ingin mendapatkan perkhidmatan berkenaan adalah remaja Melayu.

 

Katanya, kebanyakan individu yang menghubungi Rafizi memanggil beliau dengan panggilan Rara.

 

Dipercayai, nombor telefon Rafizi diletakkan bersama gambar wanita separuh bogel dalam risalah yang disebarkan di sekitar Lembah Klang.

 

Setiausaha agung PKR itu berkata selain nombor telefonnya, ahli politik lain juga dipercayai menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.