Abang, suami Celine Dion meninggal selang dua hari

AMERIKA SYARIKAT – Abang kepada penyanyi terkenal Celine Dion meninggal dunia dua hari selepas suaminya, Rene Angelil dilaporkan meninggal dunia.

 

Menurut satu kenyataan jurucakap Celine, Daniel, 59 meninggal dunia akibat kanser pada Sabtu.

 

Daniel merupakan anak kelapan daripada 14 adik-beradik dan pernah membuat persembahan dengan adik beradiknya di bar piano milik ibu bapa mereka di Quebec.

 

Adiknya, Claudette dilaporkan akhbar Perancis bahawa Daniel menderita kanser tekak, lidah dan otak.

 

“Dia sudah bersedia (untuk pergi) dan tidak menderita lagi. Dia tenang,” katanya.

 

Rene Angelil yang meningga dunia di kediaman mereka di Las Vegas pada usia 73 tahun juga akibat kanser yang dideritainya sejak tahun 2000.

 

Pengebumian Angelil akan diadakan Jumaat ini di Montreal di mana pasangan itu berkahwin.

 

Namun tiada maklumat tentang pengebumian Daniel setakat ini. -sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.