Stor Kilang Perabot Musnah Terbakar

Nibong Tebal – Sebahagian stor kilang perabot di Jalan Changkat, di sini musnah dalam kebakaran 5.20 petang tadi(Sabtu).

 

Difahamkan, kebakaran membabitkan struktur bangunan, lapan unit mesin kayu, dan hampas sawit.

 

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.27 petang.

 

Katanya, kebakaran disedari pekerja kilang berkenaan yang kemudian menghubungi bomba.

 

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.