Samarahan Dinaiki Air Akibat Hujan Lebat Berterusan Sejak Pagi Semalam

Kuching – Hujan lebat berterusan sejak awal pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah di Samarahan mula dinaiki air hampir satu meter.

 

Jabatan Bomba dan Penyelamat melaporkan antara kawasan yang mula dinaiki air ialah Kampung Sindang, Desa Ilmu, Kampung Tuang, Kampung Duranda Emas dan Kampung Gundah.

 

Jurucakap bomba berkata, penduduk yang terjejas dinasihatkan berpindah ke pusat perpindahan berhampiran kerana dijangkakan paras air akan terus meningkat berdasarkan keadaan hujan yang berterusan.

 

Katanya, sehingga 6.50 pagi tadi stesen telemetri Jabatan Parit dan Saliran menunjukkan paras air Sungai Sarawak berada pada tahap berjaga-jaga meningkat dari 3.61 meter melebihi paras biasa iaitu 1.85 meter.

 

Sementara itu, seramai 34 penghuni daripada 13 keluarga dari Rumah Panjang Maleng di Balingian, Mukah yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Balingian petang semalam sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

 

Air kembali surut jam 10 malam semalam, namun penduduk dinasihatkan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.