Kami Sedang Perkasakan Parti Dan Pendaftaran, Tidak Mahu Ada ‘Pengundi Hantu’ – Shafie Apdal

Shah Alam – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, UMNO kini sedang giat menjalankan proses mendaftar mereka yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

 

Menurut Shafie, di semua peringkat pimpinan parti, seharusnya mulakan menggembleng tenaga menambah jumlah pengundi sedia ada bagi meningkatkan kekuatan parti itu.

 

“Kami sedang memperkasa parti dengan mendaftar anggota UMNO  sebagai pengundi mengikut peraturan sedia ada. Kami tak mahu (adanya tohmahan) ‘pengundi hantu’ dan sebagainya nanti,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan kempen daftar pemilih dan keanggotaan Umno peringkat Selangor di Bangunan Umno Selangor di sini, hari ini.

 

Shafie berkata, UMNO kini juga dalam proses ‘memutihkan’ sebanyak 200,000 anggota UMNO yang layak mengundi menjelang pilihan raya umum(PRU) akan datang.

 

Tambahnya lagi, proses pemutihan itu adalah berikutan anggota UMNO yang berpindah-randah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.