Amaran Tsunami Susulan Gempa Kuat Papua New Guinea

WELLINGTON  – Kerajaan New Zealand telah mengeluarkan amaran berlakunya tsunami berikutan kejadian gempa bumi kuat berukuran 8.0 yang melanda Papua New Guinea hari ini.

 

Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan Awam dan Pengurusan Kecemasan negara itu berkata, pihaknya kini sedang memantau perkembangan kejadian itu serta menasihatkan penduduk New Zealand agar tidak menghampiri kawasan pantai dan air.

 

“Amaran itu telah dikeluarkan di seluruh negara ini,” katanya yang memberitahu, penduduk juga disaran supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa berhubung bencana itu. -Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.