Video: Teresa Kok Dapat ‘Hadiah’ Keranda

Kuala Lumpur – Ketua Biro Pemantauan Salah Guna Kuasa dan Hal Ehwal Kaum Cina, Tony Tan menggesa Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok untuk menjelaskan status wang derma berjumlah RM300,000 yang didermakan kepada DAP Seputeh pada 2013.

 

Tony yang juga merupakan bekas ahli DAP mendakwa Teresa sebelum ini bertindak kejam dengan memeras ugut dan mengenakan tindakan saman terhadap ahli-ahli yang mempersoalkan status wang tersebut.

 

 

“Mana wang sumbangan awam RM300,000 kepada DAP Seputeh pada 2013. Kenapa DAP Seputeh mempunyai dua akaun yang berbeza tandatangan. Siapa yang audit?

 

“Sehingga kini empat orang ahli dikenakan saman hanya kerana bertanya tentang wang derma parti itu. Jika susah untuk menjelaskan perkara sebenar, bagaimana hendak memerintah,” ujarnya sewaktu ditemui pemberita di luar pejabat Teresa Kok pada Khamis.

 

Tony yang juga bekas pembantu peribadi Teresa, turut bertindak membawa keranda sebagai peringatan kepada Teresa yang sering memeras ugut ahli-ahlinya selain menyalakan lilin bagi menyeru semangat ahli DAP yang meninggal tetapi terus dianiaya oleh Teresa.

 

“Sahabat karib kami dan penyokong serta ahli seumur hidup DAP, Danny Lim di saman, diugut sampai mati. Siapa lagi yang kamu hendak ugut.

 

“Kamu (Teresa) mahu berapa orang lagi yang mati? Seorang ahli telah meninggal dunia. Kalau tidak berani jawab, saya hantar keranda ke rumah,” katanya.

 

Mengulas lanjut, Tony turut menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) segera mengeluarkan laporan penyelewengan yang dilakukan oleh Teresa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.