Video: Perpaduan Umat Menjangkau Perbezaan Ideologi – Najib

Kuala Lumpur – Kesatuan umat Islam merentasi pertimbangan bangsa, organisasi politik atau perbezaan sesama puak, demikian kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 

Katanya, banyak perkara yang boleh diutamakan dalam melaksanakan agenda perpaduan ummah pada masa kini.

 

 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 bertemakan ‘Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi’.

 

“Itulah yang saya maksudkan semasa ucapan saya di PWTC tempoh hari berkenaan menghulurkan silaturahim dan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syiar dan syariat-Nya.

 

“Saya masih ingat pada tahun 2010, bagaimana kerajaan Malaysia pernah membantu Tuan Guru Haji Hadi Awang dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh Kesatuan Ulama Sedunia untuk mendamaikan pihak bersengketa di Yaman.

 

“Ini adalah satu contoh praktikal bagaimana perpaduan yang merentasi ideologi boleh dilakukan apabila mempunyai kesatuan dalam agenda,” tambahnya.

 

Ucap tama Multaqa disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang selepas itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.