Video: Kontrak Pembalakan RM45j Selangor Tanpa Proses Tender – SAMM

Kuala Lumpur – Pejabat Menteri Besar Selangor dan Jabatan Perhutanan Selangor diberi masa 14 hari untuk memberi penjelasan mengenai projek pembalakan bernilai RM45 juta yang didakwa telah diserahkan kepada dua syarikat tanpa melalui proses tender.

 

Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, sekiranya kedua-dua pihak gagal berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak untuk mendedahkan dokumen-dokumen serta nama syarikat yang terlibat.

 

 

“Kita dah guna saluran dalaman tetapi tidak dilayan, daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) angkat isu ini dan dedahkan, lebih baik kami yang dedahkan dahulu,” katanya yang juga anggota seumur hidup PKR dalam sidang akhbar di sini hari ini.

 

Badrul Hisham berkata, projek pembalakan tersebut adalah untuk membersihkan kawasan hutan bagi projek jajaran talian penghantaran elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Sungai Terentang, Rawang dan Mahkota Cheras.

 

Beliau mendakwa, salah satu syarikat yang mendapat projek pembalakan itu didapati menjalankan perniagaan dalam bidang ‘spa dan kecantikan’.

 

“Oleh itu, pihak terlibat harus tampil memberi penjelasan berhubung maklumat yang diperoleh kami,” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.