Video: Bateri Vape Meletup

Kuala Lumpur – SEBUAH alatan yang meletup dalam sebuah video yang viral di laman sosial sejak kelmarin bukanlah rokok elektronik atau vape seperti yang disangka netizen.

 

Tinjauan menerusi laman Facebook mendapati, punca letupan dikenalpasti sebagai sebuah bateri ‘rechargeble’.

 

 

“Video yang mengatakan vape meletup di video tadi adalah sebenarnya berpunca daripada rechargable battery ini yang meletup dan bukannya Vape,” ujat status tersebut.

 

Video yang tersebar sejak 14 Disember lepas menunjukkan dua orang lelaki di sebuah kedai sebelum sebuah objek meletup dari dalam sebuah beg milik salah seorang lelaki tersebut.

 

“Video kejadian vape meletup di sebuah kedai. Sudah banyak kejadian vape meletup secara tiba-tiba. Mohon semua berhati-hati untuk elak jadi begini,” kata sebuah laman Facebook yang menyebarkan video tersebut.

 

Kejadian letupan tersebut didakwa berlaku pada 12 Disember lepas di Sarikei, Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.