Shahrol (Shiro) Rancang Tamatkan Zaman Duda Tahun Depan

Pelawak dan penyampai radio Era Fm, Shahrol (Shiro) merancang untuk menamatkan zaman dudanya pada tahun depan.

 

Memetik laporan mStar online, Shahrol berkata, dia mungkin akan terus menikahi kekasihnya tanpa mengikat tali pertunangan.

 

“Insya-Allah, perancangan untuk berkahwin kalau tiada aral melintang pada tahun depan. Saya mungkin akan terus kahwin dan tiada majlis bertunang.

 

“Saya mengenali wanita tersebut sudah dua tahun dan kalau sampai masanya saya akan beritahu kepada umum,” ujarnya.

 

Dalam pada itu Shahrol berkata, dia masih trauma dengan kegagalan rumah tangga lalu.

 

“Bukan senang menjalani kehidupan berumah tangga, secara jujurnya saya masih trauma dan berasa takut untuk melaluinya sekali lagi.

 

“Kalau boleh biarlah kali ini sampai ke akhir hayat,” ujarnya.

 

Terdahulu, Shahrol pernah berkahwin namun rumah tangganya hanya bertahan selama tiga tahun dan berakhir kira-kira lapan tahun lalu.

 

Mereka dikurniakan anak lelaki Muhd Adam Danish, berusia tujuh tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.