Pegawai Khas Tun M, Tony Pua Jumpa Justo

Kuala Lumpur – Hasil pertemuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pencuri maklumat PetroSaudi dan 1MDB, Xavier Andre Justo, sekurang-kurangnya 10 warga Malaysia disebut Justo pernah bertemu dengannya sebelum ini.

 

Beberapa blog tempatan mendedahkan, Xavier memberi sekurang-kurangnya 10 nama kepada PDRM termasuk bekas pegawai khas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Sufi Yusof dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

 

Nama lain yang disebut Justo adalah bekas Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairudin Abu Hassan; Peguam, Mathias Chang; dan pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong.

 

Nama itu diberikan Justo ketika ditemubual Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Penyiasatan-Undang-undang) Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh di Penjara Bangkok, dua hari lalu.

 

Untuk rekod, Tony menafikan pernah bertemu Justo sebelum ini.

 

Justo kini menjalani hukuman penjara selama tiga tahun selepas didapati bersalah melakukan peras ugut terhadap bekas majikannya PetroSaudi dengan maklumat sulit yang dicurinya sebelum ini.

 

Beliau ditangkap di pulau Koh Samui, Thailand, pada 22 Jun lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.