Parti Sosialis Gesa Kelantan Haramkan Juga Rokok

KOTA BHARU – Parti Sosialis Malaysia (PSM) Kelantan menggesa kerajaan negeri menyelaraskan semula industri rokok elektronik (Vape) dengan rokok konvensional.

 

Pengerusi PSM Kelantan, Khairul Nizam Abd Ghani berkata, pihaknya mengambil pendirian bahawa vape mesti dilayan setaraf dengan rokok biasa.

 

“PSM Kelantan tetap dengan pendirian dan pendidikan, bahawa vape atau pun rokok adalah memudaratkan kesihatan manusia.

 

“Tetapi dalam keadaan sekarang, di antara dua pilihan yang ada, adalah retorik (kononnya Islam) yang aneh mengharamkan penjualan vape dalam pihak berkuasa tempatan (PBT), sebaliknya menghalalkan penjualan rokok konvensional dalam PBT yang sama.”

 

Beliau berkata, diakui bahawa kedua jenis rokok berkenaan terdedah kepada salah guna dadah dan memudaratkan kesihatan.

 

“Tetapi, setidak-tidaknya, vape tidak menghasilkan bertan-tan puntung saban tahun, yang dimakan ikan dan burung, sebelum kembali dimakan manusia.

 

“Vape juga menjadi asbab ramai berhenti merokok. Dengan harganya yang mahal menyukarkan pelajar sekolah untuk menggunakannya berbanding rokok.

 

“Justeru itu, PSM Kelantan mengambil pendirian bahawa haramkan penjualan kedua-dua jenis rokok ini, atau selaraskannya dalam satu standard yang sama. Yakni denda bagi yang menghisap di kawasan larangan, penjualan atas 18 tahun, kadar nikotin tertakluk pada akta sedia ada dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam sosial Facebook miliknya.

 

Semalam, mengekalkan keputusan mengharamkan vape dan kesemua PBT diarahkan supaya tidak mengeluarkan sebarang lesen berkaitan vape di negeri ini

 

Peniaga vape di negeri ini juga diberikan notis selama 14 hari bermula semalam untuk mengosongkan barangan itu daripada premis masing-masing. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.