Najib Dah Jelas, Tun M Tetap Tidak Puas Hati

Kuala Lumpur – Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berulang kali menjelaskan bahawa isu-isu yang dibangkitkan mengenai 1MDB dan dana RM2.6 bilion, Tun Dr Mahathir tetap tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

 

Mahathir berkata, Najib tidak memaksudkan apa yang diucapkan dirinya sebagai ‘”gentleman, berjiwa besar, berani, tidak bacul dan tan tidak akan undur.’

 

“Juga tidak ada penjelasan berkenaan masalah seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaunnya di Arab Malaysian Bank yang perwakilan ingin tahu supaya mereka dapat terangkan kepada ahli lain dan orang ramai.

 

“Ekonomi negara yang merosot, kejatuhan nilai Ringgit dan kesannya terhadap kos sara hidup dan kos import tidak diulas dan tidak ada cadangan bagaimana menangani masalah ini.

 

“Masalah yang disebabkan oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga tidak disentuh, hanya bagaimana kewangan kerajaan diselamatkan oleh cukai berat yang dibebankan ke atas rakyat ini,” katanya dalam entri terbarunya blog beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.