Najib, Abdul Hadi Berpakaian Warna Sedondon

KUALA LUMPUR – Sedondon! Itulah yang boleh dikatakan tatkala ‎Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila mengenakan pakaian sama warna tatkala menghadiri Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 hari ini.

 

‎Hadir mengenakan pakaian Baju Melayu, kedua-duanya segak mengenakan busana itu yang kedua-duanya berwarna peach.

 

Kehadiran kedua-dua ‘orang penting itu’ ke dalam Ballroom Hotel Grand Seasons hari ini di sambut dengan alunan selawat.

 

Najib dijangka merasmikan majlis itu, sementara Hadi bakal memberi ucaptama dalam program itu.

 

Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar berlangsung tiga hari, yang mana menyaksikan pertemuan antara ulama Malaysia dan Al-Azhar bagi membincangkan mengenai kemaslahatan umat Islam kini. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.