Miera Jawab Dakwaan Bercinta Dengan Anak Menteri Kabinet

Pelakon Miera Leyana, 22, menjelaskan hubungannya dengan seorang pemuda yang juga merupakan anak kepada seorang menteri kabinet seperti yang digosipkan baru-baru ini tidak lebih dari sekadar teman biasa.

 

Memetik laporan mStar online, Miera berkata dia mula mengenali lelaki berusia 32 tahun itu sejak setahun lalu selepas terlibat dalam sebuah drama terbitan syarikat produksi milik pemuda berkenaan. Sejak itu mereka berkawan dan kekal hingga ke hari ini.

 

“Saya tidak nafikan mengenali dia tetapi hubungan kami sekadar rakan biasa sahaja dan bukannya pasangan kekasih seperti didakwa.

 

“Bagaimanapun saya tidak boleh menjangkakan apa akan berlaku pada masa hadapan tetapi buat masa sekarang kami memang berkawan sahaja,” katanya mengulas mengenai khabar dia dilihat menghadiri sebuah majlis yang turut ditemani pemuda tersebut sekaligus timbul dakwaan mereka menjalinkan hubungan cinta.

 

“Dia seorang yang sangat baik dan ramah membuatkan saya selesa berkawan dengannya tambahan pula kami serasi sebagai kawan,” tambahnya yang buat masa ini dia masih belum terfikir untuk bercinta memandangkan kesibukan kerjayanya sebagai pelakon.

 

Mengenai perkembangan kerjaya, Miera kini sedang berehat selama dua bulan daripada bidang lakonan selepas selesai menjalani penggambaran drama bersiri Memori Cinta Suraya selama setahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.