Mahkota Dosa Harga Termahal

Kuala Lumpur – Sebuah pusat hiburan di Jalan Metro, Pudu, di sini, dikesan menyediakan mahkota, kalungan bunga dan jubah untuk pelanggan yang mampu membayar wanita pelayan pelanggan (GRO) dengan harga paling mahal sebelum melakukan hubungan seks.

 

Difahamkan setiap kalungan bunga bernilai antara RM50 dan RM200 mengikut warna manakala mahkota bernilai RM1,000 dan jubah mencecah RM5,000.

 

Taktik itu terbongkar apabila diserbu anggota Skuad Taktikal Antimaksiat, Perjudian dan Gangterisme (STAGG) Bukit Aman, awal pagi semalam.

 

Dalam serbuan diketuai Pegawai Operasi STAGG Asisten Superintendan Mohd Nor Nahar Nayan bermula jam 1 pagi, polis menahan sembilan GRO di premis berkenaan.

 

Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Khairy Ahrasa berkata, hasil pemeriksaan polis menahan sembilan warga China, dua ‘ibu ayam’ dan seorang pengurus premis warga tempatan masing-masing berusia dari 25 hingga 31 tahun.

 

“Premis ini menyediakan GRO warga asing sebagai peneman dan boleh dibawa keluar untuk hubungan seks berdasarkan kalungan bunga, jubah dan mahkota yang dibayar.

 

“Pusat hiburan ini hanya terbuka kepada pelanggan tetap bagi mengelakkan aktiviti mereka dihidu pihak berkuasa,” katanya.

 

Menurutnya, pemeriksaan menemui lokasi persembunyian GRO di belakang pentas.

 

“Mereka dibawa ke Balai Polis Wangsa Maju untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen. Tiada unsur pemerdagangan manusia dikesan di premis ini,” katanya. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.