Kita Tak Perlu Nasihat Barat – Hadi

Kuala Lumpur – Zaman penjajahan di Malaysia sudah lama berakhir, justeru kita tidak perlukan lagi nasihat dari negara luar seperti Timur dan Barat, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

Ucapan Hadi itu kemudiannya mendapat tepukan gemuruh dan laungan takbir oleh lebih 500 tetamu dewan pada Majlis Perasmian Multaqa Serantau Al-Azhar Malaysia 2015, hari ini.

 

“Penjajah dah tiada lagi. Jadi, kita dah tak perlu lagi nasihat-nasihat dari Timur atau pun Barat.

 

“Ilmu mereka kita boleh ambil, tetapi nasihat mereka tidak,” katanya dalam ucaptama majlis perasmian yang bertajuk ‘Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi’.

 

Mengulas lanjut katanya, walaupun Melayu sentiasa berbalah dan berbeza pendapat namun keadaan itu tidak membawa kepada sebarang peperangan proksi sehingga menyebabkan sesama umat Islam berperang.

 

“Jangan rantau kita jadi seperti rantau Asia Barat. Syiah dan Syiah berperang, Sunni dan Sunni berperang disebabkan perbezaan ideologi.

 

“Berperang dengan senjata ciptaan Barat dan Timur, beli dengan menggunakan duit kita (orang Islam) kemudian bunuh sesama kita,” katanya.

 

 

Dalam ucapannya, Hadi turut menyelar ideologi “islamofobia” kerana ia merupakan fitnah terhadap orang Islam.

 

“Apa yang disebut sebagai Islamofobia adalah fitnah terhadap islam.

 

“Orang Islam menghadapi cabaran ideologi yang dibawa oleh barat, pembaharuan dari politik barat ciplak dari Islam,” katanya lagi.

 

Majlis yang berlangsung di Hotel Grand Seasons itu, turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri  Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.