Kalau Nak Jawab Persoalan Tun M, Sampai Kiamat Pun Tak Habis Kata Hishamuddin

Kuala Lumpur – Fokus utama UMNO kini adalah untuk pandang ke hadapan dan bukannya menjawab persoalan yang ditimbulkan personaliti tertentu, kata Naib Presiden parti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

 

“Kalau nak jawab setiap persoalan, sampai kiamat pun tidak habis.

 

“Bagi UMNO, kita baru sahaja selesai perhimpunan agung. Kita nak pandang ke hadapan,” kata Hishammuddin.

 

Beliau diminta memberi komen ke atas artikel oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya.

 

Artikel tersebut menyatakan bahawa permasalahan dalam UMNO bukan sahaja mengenai hubungan antara Presiden dan Timbalan Presiden tetapi tindakan yang diambil Presiden dalam usaha menyelesaikan beberapa isu juga wajar diberi pertimbangan.

 

Hishammuddin ditemui selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Perbadanan Hal Ehwal Bekas Ahli Tentera (Perhebat) di Kem Sungai Buloh pada Khamis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.