Jururawat Hilang, Disyaki Maut Dibaham Buaya

Kuching – Misteri Kehilangan seorang jururawat yang dikhuatri lemas di Pantai Pasir Pandak, Santubong di sini sejak Sabtu lalu masih belum terungkai.

 

Bagaimanapun, mangsa Nurul wazieyana Mohd Yusof,23, verasal dari Johor Disyaki dibaham buaya ketka sedang berjalan menyusuri pantai berkenaan.

 

Spekulasi Nurul yang bertugas di Hospital Umum Sarawak (HUS) dibaham buaya dikuatkan lagi dengan penemuan seluar panjang milik mangsa yang ada kesan koyakan padanya pada pukul 3.30 petang kelmarin.

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Earnest John berkata, pemeriksaan terhdap pakaian mangsa mendapati ada kesan seakan-akan gigitan buaya dipercayai daripada jenis jejulong yang boleh hidup di air masin.

 

Bagaimanapun katanya, pengesahan lanjut mengenai kesan gigitan pada pakaian tersebut masih dijalankan.

 

“Sebelum ini, rakan mangsa dalam keterangan mengatakan dia (rakan mangsa) pasti samaada mangsa ditarik pmbak atau buaya kerana keadaan ketika kejadian adalah gelap,” katanya ketika dihubungi semalam.

 

Mengulas lanjut, ujarnya bapa mangsa MOhd Yusof Osman juga telah membuat pengecaman terhadap pakaian yang ditemui dan mengesahkan ia milik Nurul.

 

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata, kawasan pencarian akan diperluaskan kepada 10 kilometer radius termasuk di sekitar Sungai Santubong dan Sungai Batang Salak.

 

Katanya, operasi mencari mangsa turut dibantu pasukan Agensi Penguatkuasaan Matitim Malaysia (APMM) yang melakukan pencarian di sekitar laut.

 

“Pihak polis turut menjalankan pencarian di sekitar Sungai Santubong, manakala anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di kawasan darat Pasir Pandak,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.